Want your
own Fotopage?








 
ah and hazrul's FotoPage
ah and hazrul's FotoPage
By: ah and hazrul selamanya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Friday, 22-Aug-2008 09:27 Email | Share | | Bookmark
Majlis persandingan

Faris
Alif n Sha
sebelah pagi nya 1
sebelah pagi nya 2
tak sbr tgu somi
putri2 ku
my parent
sengih2
daku
View all 61 photos...
11hb/4...selamat kami berdua ijab kabulkan...kini tiba la kenduri di sebelah pihak perempuan..22hb/8.darab 2 dari tarikh akad nikah kami...segala persiapan dibuat ala kadar memandangkan aku jauh bertugas di Sarawak...pertamanya aku nk mtk maaf kepada mereka-mereka yg aku tak sempat jemput...bkn aku yg mnjmput...semua akk aku yg uruskan...kad pun aku tak smpt tgk...blk2, kad da abih diberi org..hantaran pula pada mulanya ku tmpah...tak puas ati ngn hasil tgn org, aku buat sendiri...seround duit aku terbang sia-sia dek tempahan hantaran yang aku tak puas ati...dlm 3 ari aku siapkan smula segala hal2 hantaran dgn membeli semua peralatan baru mengikut citarasa aku sendiri...tema aku english garden...sweet pink, light green n dark brown..lcuma bunga telur saja yg aku wt mmg prepare untk kawin...4 bln wooo nk siapkan...bkn senang nk cantum kristal tu..mujo aku da wt siap2 sblm fly ke srwk...lokasi outdoor pula, dibuat tanpa dirancang..merata kami mencari tmpt yg sesuai, akhirnya tepi jln juga jd lokasi kami...haha...

Add comment


Wednesday, 21-May-2008 03:30 Email | Share | | Bookmark
Singkap Sejenak di Durin

Rumah panjang yang usang
Rumah panjang yang unik
Signboard rumah panjang
Rumah panjang 1
Nik n aku
TIiga sekawan
View all 42 photos...
Pernah dengar tentang Durin? aku tak pernah...sehingga la aku dipertempatkan berkhidmat di bumi Kenyalang..khabarnya tempat itu menjadi kewajipan bagi warga semenanjung yang menetap di tanah Sarikei, menyinggah membeli buah tangan untuk di bawa pulang..Sementelah cuti sekolah hanya tinggal beberapa hari lagi, aku bersama housemate ku tak lepas peluang ke sana...Khabarnya tak jauh tapi perjalanan cukup memenatkan..

Bekalan turut di bawa...risau, perut berkeroncong sumbang...hehe..Perjalanan ke Durin mengambil masa lebih kurang sejam dari Sarikei..suasana kampung yang cukup mendamaikan, sana sini petani tak kenal erti mentari,peluh dan keringat mencari sesuap rezki, menabur budi dan berbakti pada tanah kurniaan Ilahi, cukup memberi erti suatu penghidupan yang hakiki...patutla kebanyakan pelajar di sini, sijil kelahiran tercetak bapa bertugas sebagai petani...

Leka sejenak dibuai keindahan alam semulajadi ciptaan Ya Rabbi...hilang kelibat petani, kami menyusuri tanah yang berbukit-bukit yang terdapat kawasan perkampungan rumah panjang..bak kata pegawai sewaktu taklimat di Empress Hotel, di Sabah n Sarawak banyak tempat yang perlu melalui bukit-bukit...You go up and down...go up, go down, go up, go down...(maknanya naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun bukit)...

Hilang up and down, kami perlu lalui jalan yang berkabus...bukan...bukan kabus itu yang kalian maksudkan...kabus ni tak sesejuk kabus di Cameron Highland...bukan jugak seperti di Genting Highland...kabus yang cukup memeritkan tenggorok...debu2 dek jalan yang berbatu perlu kami susuri demi tiba ke Durin...seksa?...mujo ekon kereta menyelamatkan tenggorok kami...20km/j, aku rasa laju berbasikal lagi...berbatu, berlubang, berdebu...itulah hakikat yang perlu kami tempuhi...arkhh....semua itu bisa dilalui...hajat untuk singgah di Durin terpahat keras di hati...haha..

Seusai jalan berliku di lalui, tiba jalan bertar yang bergelombang kata kawanku, perlu kami tempuhi..sekejap saja...

Tiba di Durin tak banyak kedai yang ada..hanya 3 buah kedai sahaja...sebuah kedai makan Cina dan 2 buah kedai usang yang menjual barang-barang cenderahati Sarawak...uzur benar nampaknya...tapi tempat inilah yang menjadi sebutan bagi warga semenanjung..

Apa kelebihannya?...tak kenal maka tak cinta sebenarnya...murah..jangan korang tak percaya...aku juga terkesima dengan tawaran harga..tapi apa boleh buat..bekalan poket mengeluarkan amaran..TIDAK MENCUKUPI...telefon keluarga di seberang lautan...bertanya apa barang yang hendak dipesan...seronok bukan kepalang..puas memilih, bergambar diajaknya pula oleh tokei itu ke stornya di Sibu Jaya...gerenti mau pegi punya...

Di Sibu Jaya , sekali lagi mata perempuan ku teruji...beg2 yang murah2 yang ditawarkan...nak itu..nak ini...nak jugak yang itu..yang ini camner plak...nak ke tak?...itulah di antara aksi2 kami berempat...singgah membayar hutang pada Yang Esa..mohon agar selamat kami dalam perjalanan...lapar tidak terkira...dalam kereta tempat bersantapan...penat sudah, terlelap aku sepanjang perjalanan pulang...mulanya bertugas sebagai co-pilot...tak mampu nak bertahan, akhirnya aku kalah jua dengan ekon yang cukup menyamankan hinggala selamat tiba....hehe..


gabo kndri saya lmbt skit update mmndangkn saya berada di srwk skrg....raya br saya blk Mon 25-Aug-2008 12:04
Posted by:ah
Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 07:45 Email | Share | | Bookmark
Sua muka di bumi Sarikei

Bandar Sarikei 1
Bandar Sarikei 2
Bandar Sarikei 3
View all 24 photos...
Hari ini aku mula mengorak menjejaki dan mengenali bandar Sarikei yang merupakan tempat sulong aku berkhidmat. Tak banyak gambar yang sempat aku rakamkan memandangkan cuaca sudah membawa khabar hujan akan turun bila2 masa saja..Namun hati tetap jua ingin meneruskan niat yang terpendam..haha...risau juga lensa ini kelemasan dek air hujan...apa yang aku dapat gambarkan di Sarikei terdapat lagi beberapa buah rumah meneruskan tradisi umah panjang pada certain2 tempat..kebanyakan rumah yang didirikan adalah moden.tak mahal..murah saja rumah di sini..mungkin jika niat untuk menetap lama di sini elok la untuk membelinya.kadar menyewa paling mahal RM500 rumah double storey, fully furnished. Ok kan? Terdapat juga beberapa rumah di pekan Sarikei ini yang agak usang namun tak ku duga rumah itu berpenghuni rupanya.Ok...see ya my pic...

cam bes je.nnt abg dta ek Fri 2-May-2008 08:07
Posted by:abg
salam, wah seronok tengok foto2 awak ni, rasa rindu terhadap kampung halaman terubat juga akhirnya. terimakasih yang tidak tidak terhingga daripada embun. Thu 11-Sep-2008 21:08
Posted by:embun menitik  - [Link]
owh, baru lagi kat sarawak rupe nyer ... then baru kahwin ... rasanya belum terlambat untuk embun mengucapkan selamat datang ke negeri sarawak dan sarikei khususnya, juga selamat pengantin baru! tak pa sabar ja ek, dah rezeki kat tempat lain nak buat macamana dan sebagai anak sarawak, embun amat terharu dengan pengorbanan awak meninggalkan suami tercinta kerana terpaksa menyahut seruan perkhidmatan. apapun embun berharap awak selesa selama berada di sarawak. embun sendiri sekarang ini berada di perantauan - johor ... sambutlah salam perkenalan ukhwah islamiah dari embun. Thu 11-Sep-2008 21:20
Posted by:embun menitik  - [Link]
Add comment


Tuesday, 22-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Jejaki ke Bumi Kenyalang

Awan 1
Awan 2
Santubong Resort
View all 28 photos...
Terdapat beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan sewaktu menaiki flight n orientasi di Santubong Resort..Bermula di Empress Hotel, aku bermalam semalaman, sebelum keesokkannya kami semua bertolak pada pukul 4.00 pagi ke KLIA dengan menaiki bas.Pada pukul 6pagi kami semua check in dan diberi taklimat ringkas mengenai waktu penerbangan dan solat oleh pegawai dari Kementerian Pendidikan yang mengiringi kami ke Sarawak dan Sabah. Sayu hati tidak terkira apabila berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan. Titisan airmata turut mengiringi pemergianku ke Sarawak apabila terpaksa berpisah dengan suami tercinta kerana tugas yang menuntut. Kesedihanku sedikit terubat apabila melihat pelbagai telatah rakan2 dengan aksi yang pelbagai ragam menaiki airbus yang membawa 167 orang guru baru ke Sarawak. Sampai di International Airport Kuching, kami di sambut oleh JPN Sarawak dan menaiki bas selama 1jam untuk ke Santubong Resort. Cantik dan selesa.Tak sempat aku merakamkannya kerana jadual kami padat dengan pelbagai aktiviti. Selama 2 ari aku menginap di Santubong Resort. 5 stars for JPN Sarawak aku hadiahkan...Good Service..Aku ditugaskan untuk berkhidmat di Sarikei salah sebuah daerah di Sarawak.. Perjalanan dari Kuching ke Sarikei mengambil masa 6 jam melalui jalan darat atau 3 jam menaiki bot express..Disebabkan kami guru baru hanya berempat, pengiring (Mr Tan) membawa kami menaiki bot selama 3 jam..Ini suatu pengalaman yang manis buatku kerana aku sangat bertuah berpeluang menaiki bot berbanding guru2 yang sebelum ini ke Sarikei menaiki bas..Perjalanan menaiki bot dari jeti Kuching ke Sarikei melalui Sungai Rejang (Sungai terpanjang di Sarawak, tatau lerr ader buaya ke tak, hehe) merentasi Laut China Selatan hingga ke Sarikei, meredah gelora lautan, ombak, hujan dan cuaca sejuk, cukup untuk menguji tahap seasick ku.. pening bukan kepalang, kerna ini pengalaman pertama aku menaiki bot..1 jam aku rasakan begitu lama untuk aku bertahan dalam keadaan pening namun alhamdullilah, setengah jam sebelum tiba pening ku hilang seketika sewaktu bot berhenti di jeti Bandar Baru Tanjung Manis..Setelah selamat sampai di Sarikei, aku dijemput oleh beberapa orang guru yang juga berasal dari Semenanjung untuk membawa kami ke sekolah seterusnya menguruskan tempat penginapan kami di Sarikei..

byk lg pic tak upload tp mata da ngntk ni...nennt la ye Sat 26-Apr-2008 16:38
Posted by:Ah
Add comment


Friday, 11-Apr-2008 11:54 Email | Share | | Bookmark
My wedding

Ketibaan
Permulaan
Akad 1
View all 26 photos...
Setelah 6 tau bercinta akhir aku bersama pasanganku selamat di ijab kabulkan dlm keadaan yang kami sdrk tak sangka yang kami akan berkahwin secepat ini..Semuanya kerana aku di pertempatkan berkhidmat di Sarawak..dalam masa tak sampai seminggu aku uruskan majlis akad nikahku..1hb, kedua-dua keluarga sepakat untuk mengadakan majlis akad kami sebelum aku bertolak ke Sarawak 21hb..aku pada waktu itu bekerja di Klang..kalut nak benti keje lagi, tergempar kena kawin segera..Suamiku berasal dari Raub, Pahang...segala-galanya hanya diuruskan hal2 borang n surat kebenarankawin, hiv dlm masa 1 ari...selesai seme tu, kami uruskan hal2 berkait dgn adat..mencari brg kemas sbg tanda perkahwinan kami untuk upacara pembatalan air smyg, baju kami juga kami settle kn dlm masa 1 ari...balik aku ke Terengganu, hal borang2 kawin aku perlu uruskan dalam masa 3ari..merayu2 dengan pegawai kesihatan n pegawai pejabat agama untuk mendahulukan proses borang kami...aku juga sdrk yang mencari jurunikah n jurugambar...mujo aku dilahirkan dalam sebuah kuorge yang ramai...bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...disini, hanya terdapat juga beberapa keping gambar yang sempat sedara kami rakamkan...

assalamualaikum ckgu..cht ke? Mon 6-Oct-2008 13:00
Posted by:ank murid
kawin x jemput pon ek....dh ade ke??????? Mon 6-Oct-2008 13:02
Posted by:ank murid

hve a nce day ckgu...
slmt mndrikn msjd...
jgn smpai roboh taw...
igt2 kmi dcniee..
yg prnh mnjdi pljr ckgu..
yg pntg kmi sume sygkn ckgu...
SeLaMaT PeNgaNtiN BarU..
Sat 25-Oct-2008 14:16
Posted by:ank murid
View all 4 comments Add comment


Friday, 11-Apr-2008 09:55 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah

The pelamin
Bunga telur
Pria
View all 53 photos...
Ini di antara gambar-gambar yang di ambil oleh photographer yang penuh ngan dramatik...thank you shamsul fazrien..

-Demi-

Demi ku kan berjanji
Sanggup bermain api
Untuk menemani dirimu kasih
Walaupun beribu batu
Diriku sendiri oh...
Sementara kita akan bersama

Kernaku kan percaya
Tuhan lebih berkuasa
Tidak akan membiar
Kita kecewa
Kerna dia yang mencipta
Segalanya kan bersama
Sementara cinta kita membara

Di dalam...
Bagaikan benih yang belum (mula) bernyawa
Di dalam...
Bagaikan bertemu untuk bersatu


Kini, setelah bergelar SURI, hidup aku bahagia...baru aku dapat rasakan erti sebuah cinta...ya...cinta sejati...Bagiku, kelmarin adalah sisipan untuk hari ini....bermula dengan hubungan cinta, akhirnya sebuah ikatan perkahwinan terukir jua....syukur ku panjatkan...moga aku akan menjadi seorang suri yang lembut tangan menghanyun buaian namun kelembutan ini jua mampu menghayun pedang agar benteng perkahwinanku tak kan dijajah....kepada suami tercinta, terimalah hadiah sebuah cinta sejati dari surimu...

Add comment


Wednesday, 19-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Wahai bangsaku

Anak bangsaku
 
 
View all 13 photos...
Kabinet baru da tertubuh..aku masih di sini..sbg peratap sepi...sekali pandang dada berombak,ledakan 1000 harapan..agar ketuanan melayu kembali mapan..btul..tak berhak kalo kalian katakan sapa la kita dalam menyuarakan..aku sbg warga Malaysia cuma inginkn kestabilan, keteguhan, keutuhan agar ank bangsaku hidup aman...

Kalau menjadi guru...

Kalau guru malas membaca, ilmu diajar tak tentu punca
Kalau guru tak bersedia, dalam kelas banyak cerita
Kalau guru sentiasa sibuk, murid di kelas hiruk pikuk
Kalau guru sentiasa marah, murid ke kelas tak tentu arah
Kalau guru tak suka pelajar, tak berkat ilmu yang diajar
Kalau guru tak galak mencuba, murid sekadar asyik menerima
Kalau guru suka mendamping, semua murid dapat dibimbing
Kalau guru kenal pelajar, di luar sekolah dia tak kurang ajar
Kalau guru banyak tahu, bimbinglah dia agar berilmu

Kursus peningkatan professional perguruan,
SMK Dato Panglima Perang Kiri

cikgu i love u so much....
Thu 24-Apr-2008 10:04
Posted by:firdaus
time kaseh krna wat sume nie...de mse jenguk le kami kat cnie..
slmat pgntin baru ek..smoga panjang umur n cpt2 dpt baby =)
smoga bhgia sllu...love u my mother..jga dri ekk..de mase nnti sy bkk FS ckgu..
Thu 24-Apr-2008 10:07
Posted by:firdaus
kDg Kla MgnGam BlnTaNg Di SunYlnYew Mlam Lblh MdaH Drl
MgnGam SbuKu H+A+T+l=Hati ^^
Fri 6-Jun-2008 10:12
Posted by:F1eR
Add comment


Tuesday, 18-Mar-2008 01:53 Email | Share | | Bookmark
Bermula di sini

Aku,me n I...ahaks
Kala itu
Ingat daku ble kenang bintang di langit..rindu pd kalian
Salam perkenalan...


cantek!
Tue 18-Mar-2008 08:24
Posted by:ica  - [Link]
ader sesapa x leh sy nk mtk tlg..mklm la org br kn...cmner ek nk upload gabo nk ltk kat part heading tu?..n one more qstn...cmne nk msukkn gabo direct kat entries kita.bkn yg browse upload tu...dlm skli ngn entries kita...tataula.. Wed 19-Mar-2008 05:28
Posted by:ah
Im,rplyng 4 rquest uplding pic..cme add foto kt pic com.then,
find ftopages store..then,find add foto..okep?
Fri 16-May-2008 06:57
Posted by:Fl3r
View all 4 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com